• Susulan dari keputusan NACSA untuk tidak lagi menyelenggara aplikasi MyRAM 2.0, MAMPU telah menaiktaraf aplikasi MyRAM 2.0 ke MyRAM 2.1
  • Aplikasi MyRAM 2.1 dibangunkan untuk kegunaan warga MAMPU dalam melaksanakan penilaian risiko ke atas sistem ICT dalaman
  • Lain-lain agensi sektor awam yang berminat untuk menggunakan aplikasi MyRAM 2.1 boleh terus menggunakan aplikasi ini. Jika agensi berminat untuk menguruskan sendiri aplikasi MyRAM 2.1, sila hubungi myram@mampu.gov.my untuk maklumat lanjut.
  • Memandangkan aplikasi MyRAM 2.1 hanya untuk kegunaan warga MAMPU, log masuk ke aplikasi ini tidak lagi menggunakan Single Sign-On (SSO) Portal MyGovernment. Sehubungan itu, pengguna dikehendaki melaksanakan penetapan semula kata laluan melalui link yang disediakan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada myram@mampu.gov.my
  • Nota: Semua data dari aplikasi MyRAM 2.0 sehingga 29 Mac 2023 telah dimigrasi ke aplikasi MyRAM 2.1